Tiga rumah musnah dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Tiga rumah musnah dalam kebakaran

ANGGOTA bomba melakukan tugas pemadaman api dalam kejadian kebakaran di Taman Jujur, Sikamat, Seremban pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak tiga buah rumah musnah dalam kejadian kebakaran di Taman Jujur, Sikamat di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohammad Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada pukul 10.17 pagi.

“Dua jentera dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban bersama satu unit tangki air, satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dibantu sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) BBP Ampangan dengan kekuatan 17 anggota telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setiba pihak bomba di lokasi, dilaporkan kebakaran melibatkan tiga buah rumah dua tingkat jenis kluster yang berukuran 18×30 kaki persegi. 

“Sebuah rumah tanpa penghuni terbakar 30 peratus di bahagian atas manakala dua buah rumah lagi terbakar keseluruhan rumah sehingga 80 peratus,” katanya hari ini.

Menurutnya, penghuni dia buah rumah lagi yang terlibat berjaya menyelamatkan diri. 

“Api kemudiannya berjaya dikawal pukul 10.43 pagi dan kemudian dapat padam sepenuhnya pada pukul 12 tengahari,” katanya yang turut memberitahu punca kejadian masih dalam siasatan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya