Penunggang basikal maut dirempuh di Jalan Klebang Besar

Penunggang basikal maut dirempuh di Jalan Klebang Besar

MANGSA maut di tempat kejadian selepas dilanggar sebuah kereta di Jalan Klebang Besar, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang penunggang basikal menemui ajal selepas tercampak dan terjatuh di atas jalan raya berikutan dirempuh sebuah kereta jenis Mazda 3 di Jalan Klebang Besar di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 pagi, mangsa, Foo Seck Sim, 44, maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

FOO SECK SIM

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pemandu kereta seorang wanita berusia 34 tahun itu meneruskan perjalanan sejauh 500 meter akibat berasa cemas selepas melanggar mangsa.

Ujarnya, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan pihaknya sedang mengesan waris si mati.

“Ketika kejadian pemandu itu dalam perjalanan dari Jonker Walk pulang ke rumahnya di Duyong, manakala mangsa menghala ke arah Klebang.

“Ketika sampai di lokasi, wanita itu telah terlanggar mangsa dari arah belakang atas faktor keadaan jalan gelap.

“Akibat kemalangan si mati telah tercampak dan terjatuh di atas jalan raya. Wanita tersebut yang cemas meneruskan pemanduan kira-kira 500 meter ke hadapan sebelum berhenti,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Jelasnya, tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian manakala siasatan kes masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN