Hanya ikut gerak hati, Ariffin berjaya temukan mayat Danish

Hanya ikut gerak hati, Ariffin berjaya temukan mayat Danish

ANGGOTA bomba mengangkat mayat Muhammad Danish Mohd. Faizal yang ditemui terapung dalam longkang besar di Taman Desa Baru, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pasangan suami isteri yang menemukan mayat Muhammad Danish Mohd. Faizal, 2, terapung dalam longkang besar di Taman Desa Baru berhampiran Hospital Melaka di sini, kira-kira pukul 9.30 pagi tadi tidak menyangka niatnya membantu mencari kanak-kanak malang itu menemukan petunjuk.

Mohd. Ariffin Zulkifli berkata, dia diberitahu oleh isterinya, Nurhidayah Yahya, 32, berhubung kehilangan Muhammad Danish yang dipercayai terjatuh ke dalam sebatang longkang sewaktu ibunya sedang berniaga, semalam.

MOHD. ARIFFIN ZULKIFLI

 

Katanya, dirinya dan isteri terpanggil untuk membantu pihak berkuasa mencari mangsa yang ketika itu masih belum ditemui, ekoran berasa simpati kepada keluarga mangsa.

“Kira-kira pukul 8.50 pagi saya tergerak hati mengajak isteri pergi ke tempat kejadian untuk melihat sambil mencari mangsa yang masih hilang dan tidak ditemui.

“Saya menaiki motosikal dengan isteri, kami mulakan pencarian bermula dari tempat kejadian dilaporkan berlaku di Taman Goodwood, Bukit Palah,” katanya ketika ditemui pemberita.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, mayat Muhammad Danish berjaya ditemukan selepas terapung dalam longkang besar di Taman Desa Baru, kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Anak bongsu daripada empat beradik itu ditemui kira-kira 1.3 kilometer dari tempat kejadian oleh sepasang suami isteri yang turut membantu mencarinya.

Tambah Mohd. Ariffin, dia hanya mengikuti gerak hati menyusuri setiap longkang bermula dari lokasi pencarian oleh anggota penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh sejauh 150 meter.

“Saya terus menyusuri beberapa longkang lain sehingga sampai ke longkang besar di Taman Desa Baru. Ketika menjenguk ke longkang besar itu ternampak sekujur tubuh kanak-kanak terapung.

“Ketika itu hanya saya dan isteri berada di tepi longkang berdekatan mayat ditemui. Saya terus memanggil beberapa orang penduduk berdekatan meminta tolong memantau mayat yang bergerak perlahan dihanyutkan air,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya