Dua wanita pengsan, terperangkap 20 minit dalam lif

Dua wanita pengsan, terperangkap 20 minit dalam lif

KESEMUA mangsa terperangkap dalam sebuah lif selama 20 minit di sebuah hotel terkemuka di Banda Hilir, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 18 individu berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam lif selama 20 minit di sebuah hotel terkemuka di Banda Hilir di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 10 pagi itu, dua wanita pengsan akibat sesak nafas apabila lif berkenaan tersangkut di antara tingkat 21 dan 22 hotel tersebut.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan ll (KUP) Omar Husein berkata, panggilan kecemasan diterima daripada orang awam kira-kira pukul 10.12 pagi.

Menurutnya, seramai tujuh anggota digerakkan ke lokasi kejadian bersama satu jentera dan kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sejurus tiba memang benar 18 mangsa iaitu 16 lelaki dan dua wanita terperangkap dalam lif di antara tingkat 21 dan 22.

“Anggota bomba mengambil masa hampir 20 minit sebelum dapat membuka pintu lif dan membawa keluar kesemua mangsa serta memberi rawatan kepada dua wanita yang pengsan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Omar, tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dan mangsa yang pengsan telah dihantar mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Melaka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya