Tragedi Batang Kali: Corak hujan, perubahan aliran tanah faktor penyumbang tanah runtuh 

Tragedi Batang Kali: Corak hujan, perubahan aliran tanah faktor penyumbang tanah runtuh 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Corak hujan dan perubahan dalam aliran resapan tanah menjadi antara faktor penting yang menyumbang kepada kejadian tanah runtuh. 

Menurut laporan forensik kejadian tanah runtuh Batang Kali dikeluarkan hari ini, hujan adalah pencetus utama tanah runtuh dengan kejadian hujan besar selama lima hari boleh memberi kesan yang besar kepada alam sekitar. 

Kata laporan itu, ini kerana kesan kumulatif hujan dalam jangka masa itu boleh menyebabkan paras lembapan tanah meningkat yang berpotensi menyebabkan tanah runtuh. 

“Selain itu, hujan anteseden dalam tempoh kumulatif 30 hari adalah satu lagi faktor penting. Jangka masa yang dilanjutkan ini membolehkan penilaian menyeluruh tentang kerpasan keseluruhan di kawasan, memberi pemahaman tentang tahap tepu tanah dan potensi ketidakstabilan cerun. 

“Satu lagi faktor pencetus yang mempengaruhi tanah runtuh ialah perubahan dalam rejim aliran resapan. Aliran resapan merujuk kepada pergerakan air melalui bahan berliang seperti tanah atau batu. 

“Perubahan dalam rejim boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, seperti perubahan paras air bawah tanah atau perubahan dalam komposisi lapisan bawah permukaan. 

“Perubahan ini boleh memberi kesan melata, memberi kesan kepada kestabilan cerun atau integriti struktur yang dibina di atas atau berhampiran kawasan yang terjejas,” menurut laporan setebal 141 muka surat yang dimuat naik di laman Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) hari ini.

Kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali pada 16 Disember 2022 adalah kejadian kedua terbesar melibatkan jumlah mangsa maut selepas runtuhan Kondominium Highland Towers pada 1992 yang mengorbankan 48 nyawa. 

Tragedi pada kira-kira pukul 2.30 pagi itu, membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan.

Susulan itu, satu jawatankuasa khas dikenali Jawatankuasa Kumpulan Kerja Tanah Runtuh (JKKTR) telah ditubuhkan bagi menjalankan kerja-kerja penyiasatan tanah runtuh ini berdasarkan kepada Pelan Induk Cerun Negara (PICN) 2009-2023 dan Memorandum Jemaah Menteri. 

Jawatankuasa tersebut diketuai oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya dan melibatkan agensi-agensi teknikal lain seperti Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Meteorologi Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan badan-badan professional yang dilantik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya