Retak bahu dan kaki, murid darjah empat dilanggar depan sekolah

Retak bahu dan kaki, murid darjah empat dilanggar depan sekolah

LOKASI kejadian seorang murid darjah empat di SK Durian Daun, Alor Gajah, Melaka dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan menggunakan laluan pejalan kaki.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Malang tidak berbau buat seorang murid darjah empat di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Daun di sini, selepas kanak-kanak itu dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan menggunakan laluan pejalan kaki di hadapan sekolahnya, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, mangsa, Arif Rahimi Mohamad Hilmi, 10, dikejarkan ke Hospital Alor Gajah untuk menerima rawatan kerana mengalami retak tulang bahu dan kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa melintas jalan untuk pulang dari sekolah bersama beberapa rakannya di laluan pejalan kaki.

“Tiba-tiba sebuah kereta Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun muncul, tidak sempat membrek lalu cermin sisi sebelah kanan kenderaan itu telah bergesel dengan murid terbabit.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan retak bahu dan kaki kiri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Arshad, polis percaya kemalangan berpunca daripada kegagalan pemandu mengawal kenderaan.

“Hasil siasatan pegawai penyiasat di lokasi mendapati, lampu isyarat lintasan pejalan kaki berfungsi dengan baik dan jalan adalah lurus.

“Pemandu tersebut telah datang ke balai polis pada pukul 3.17 petang untuk membuat laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya