Gempa: Mohd. Na'im ucap takziah kepada Kerajaan Maghribi

Gempa: Mohd. Na’im ucap takziah kepada Kerajaan Maghribi

MOHD NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar menzahirkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Maghribi yang terjejas akibat gempa bumi yang melanda barat daya Marrakech lewat Jumaat lalu.

Katanya, dalam tragedi dahsyat yang melanda negara Islam itu, lebih 2,000 kematian dan ribuan lagi kecederaan dilaporkan setakat hari ini.

“Ingatan dan doa saya bersama mereka yang kehilangan orang tersayang semasa masa sukar ini dan kami berharap mereka yang cedera cepat sembuh.

“Semoga rahmat Allah bersama semua masyarakat yang terjejas dan mereka yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat sekali gus diberi ganjaran oleh Allah atas kesabaran mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumlah korban gempa bumi kuat yang melanda Maghribi, lewat malam kelmarin, terus meningkat melepasi 2,000 mangsa kini, manakala lebih 2,000 lagi mengalami kecederaan dengan ramai yang parah.

Kementerian Dalam Negeri Maghribi dalam satu kenyataan, semalam, berkata sekurang-kurang 2,012 kematian telah disahkan dan 2,059 mangsa cedera, termasuk 1,404 berada dalam keadaan kritikal.

Terdahulu, Pusat Geofizik Maghribi memaklumkan gempa berlaku sejurus selepas pukul 11 malam itu berukuran 7.2 magnitud yang menggegarkan Ighil di Pergunungan Atlas. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya