‘Anak saya mangsa buli dari tingkatan satu’

‘Anak saya mangsa buli dari tingkatan satu’

VAN putih yang membawa suspek keluar dari Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Melaka selepas perintah reman dikeluarkan selama tujuh hari. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Suspek berusia 14 tahun yang dipercayai mencekik adik kandungnya sehingga maut dalam kejadian di Kampung Bukit Piatu di sini, semalam dikatakan pernah melakukan perkara sama kepada ibu dan bapanya beberapa kali sebelum ini.

Bapa kedua beradik itu yang berusia 42 tahun berkata, dia percaya tragedi menyayat hati yang menimpa keluarganya berpunca daripada masalah trauma dihadapi anak sulungnya selepas menjadi mangsa buli di sekolah.

Dia menjelaskan, suspek sebelum ini kerap meracau seolah-olah terdapat entiti lain yang mengawalnya dan telah dibawa menjalani rawatan kesihatan termasuk kaedah perubatan alternatif dan perubatan Islam.

Ujarnya, suspek memberitahu dirinya sering dibuli di sebuah sekolah arab di Alor Gajah dekat sini, sejak tahun lalu dan kejadian berkenaan pernah dilaporkan kepada pihak sekolah dan laporan polis juga sudah dibuat.

“Pernah saya ambil dia dari sekolah, beberapa jam di rumah dia seperti naik gila apabila tiba-tiba melaungkan zikir dengan kuat berulang kali dalam keadaan mata terbeliak.

“Kemudian dia terkam dan cekik saya, memang umurnya 14 tahun tetapi tenaga seperti orang dewasa, isteri saya pun pernah dicekik di dapur dan memang susah untuk lepaskan, mujur adik-adiknya datang membantu.

“Kita ni orang tua, kalau dicekik masih boleh melawan tetapi budak memang susah, saya tengok rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memang adiknya tidak boleh melawan, kejadian berlaku dalam tiga minit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, malam tadi.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, polis memaklumkan bahawa suspek yang dipercayai mencekik adik kandungnya berumur sembilan tahun sehingga maut dalam kejadian di Kampung Bukit Piatu, tidak mempunyai rekod disiplin di sekolah.

Tambah bapa suspek itu, anak sulungnya mendakwa pernah dicekik ketika tidur, disimbah air, dipukul dan ditendang menggunakan kasut but oleh dua orang senior sekolah berkenaan sejak di tingkatan satu.

Katanya, bagaimanapun sejak hujung bulan lalu, suspek menunjukkan perkembangan positif selepas mengikuti sesi rawatan yang berterusan.

“Bagaimanapun tiada tindakan sewajarnya diambil terhadap dua orang pelajar yang membuli dan sejak sikap anak saya berubah, saya biarkan dia belajar di rumah buat sementara waktu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya