Lori ais terbalik dirempuh bas persiaran

Lori ais terbalik dirempuh bas persiaran

PASUKAN bomba sedang mengeluarkan pemandu lori ais yang terbalik di Kilometer 220 PLUS arah selatan berhampiran Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Sebuah lori ais terbalik ke dalam longkang selepas dirempuh bas persiaran dalam kejadian di Kilometer 220 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini, kira-kira pukul 2.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, bagaimanapun pemandu lori jenis Hino itu hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan.

Katanya, dua penumpang bas persiaran yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura turut cedera dan dihantar ke hospital sama.

Jelasnya, nahas dipercayai berlaku apabila bas dipandu pemandu berusia 34 tahun itu cuba mengelak lori terlibat dari laluan kecemasan ke laluan kiri.

“Bas persiaran telah terlanggar bahagian belakang sebelah kanan lori dan menyebabkan ia terbalik ke longkang tepi lebuhraya dengan muatan ais.

“Mangsa pemandu lori dan dua penumpang bas telah dibawa oleh ambulans ke Hospital Melaka dan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Fadil Saidin berkata, terdapat seramai 17 penumpang dalam bas berkenaan ketika insiden berlaku.

Katanya, impak perlanggaran terdapat tumpahan minyak di lokasi kejadian yang memerlukan operasi pembersihan dilaksanakan bagi mengelakkan ancaman kepada pengguna lebuhraya lain.

“Semua mangsa bas persiaran telah dikeluarkan sebelum bomba tiba di lokasi. Terdapat tumpahan minyak di permukaan jalan raya, bomba membuat pembersihan sisa kemalangan dan tumpahan minyak,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya