Dua anggota bomba cedera padam kebakaran kilang papan

Dua anggota bomba cedera padam kebakaran kilang papan

BOMBA sedang memadamkan kebakaran melibatkan sebuah kilang papan di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dua anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengalami kecederaan ketika terlibat memadamkan kebakaran membabitkan sebuah kilang papan di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai di sini, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Fazzil Yusof berkata, Pegawai Bomba Mohd. Arif Akmal Zulkifli cedera pada bahagian rusuk kanan akibat terkena kaca semasa operasi pemadaman.

Beliau berkata, Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) telah memberi rawatan awal kecemasan dan seterusnya membawa anggota terlibat ke hospital.

MOHD. ARIF Akmal Zulkifli diberi rawatan awal selepas terkena kaca ketika operasi pemadaman kebakaran di sebuah kilang papan di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai, Melaka.

“Seorang lagi anggota cedera ringan selepas terkena bumbung yang runtuh pada bahagian badan. Bagaimanapun pakaian perlindungan diri (PPE) yang dipakai berjaya menghalang daripada terjadinya kemalangan lebih besar,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Mohd. Fazzil, operasi pemadaman melibatkan sebuah kilang berkeluasan 200 kali 200 kaki persegi yang terbakar hampir 60 peratus.

Jelasnya, panggilan kecemasan diterima pada pukul 11.20 pagi dan 25 anggota telah dikejarkan ke lokasi bersama tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua jentera Water Tanker.

“Setakat pukul 2 petang tadi, operasi pemadaman masih dilakukan. Kita berjaya mengawal kebakaran dan tiada mangsa membabitkan pekerja kilang terlibat dengan kebakaran,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya