Lelaki hilang di Bukit Beruang belum ditemui

Lelaki hilang di Bukit Beruang belum ditemui

PASUKAN mencari dan menyelamat masih mencari seorang lelaki yang hilang dipercayai sesat ketika mendaki Bukit Beruang, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis mengesahkan bahawa terdapat seorang lelaki berusia 45 tahun hilang dipercayai sesat ketika mendaki Bukit Beruang di sini, kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, laporan berhubung kehilangan mangsa, Steven Tan Kim Huat telah dibuat oleh adik iparnya di Balai Polis Ayer Keroh, pukul 9.45 malam tadi.

Beliau berkata, pengadu telah mencari mangsa di kawasan sekitar dan mendapati kenderaan milik abang iparnya itu berada di parkir permulaan Bukit Beruang.

STEVEN TAN KIM HUAT

“Pada pukul 9.50 malam, pihak polis bersama pasukan bomba sampai di lokasi. Usaha mencari bermula dengan membuat pencarian di check point 3 dan 4 sehingga pukul 2 pagi tadi.

“Namun usaha mencari dan menyelamat gagal menemui mangsa. Usaha pencarian diteruskan bermula seawal pukul 7 pagi tadi dengan kekuatan melibatkan 12 pegawai dan anggota polis termasuk Unit Anjing Pengesan (K-9) dan lain-lain agensi.

“Sehingga kini mangsa masih gagal ditemui,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Christopher, orang ramai yang menjumpai mangsa boleh menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di talian, 06-2841999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya