Tubuh Lans Koperal Edrin ditemukan di Tanjung Sepat

Tubuh Lans Koperal Edrin ditemukan di Tanjung Sepat

EDRIN Baintim (tengah) bersama ibu dan bapanya di Tongod, Sandakan, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis memaklumkan bahawa mayat anggota Tentera Darat, Lans Koperal Edrin Baintim, 25, yang dikhuatiri lemas di perairan Pulau Undan di sini pada 7 Februari lalu berkemungkinan telah ditemukan di Tanjung Sepat, Banting, Selangor pagi tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit.

Beliau berkata, tubuh badan yang dijumpai itu memakai pakaian menyelam dan telah dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

“Makluman awal mayat telah dijumpai di pantai bakau di Tanjung Sepat, namun kita masih lagi menunggu laporan penuh.

“Setakat ini polis positif ia merupakan tubuh komando yang dilaporkan lemas memandangkan baju selaman yang dipakai mangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) Edrin ditangguhkan, selepas hampir seminggu dijalankan namun gagal menemukan sebarang petunjuk.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, bagaimanapun aset milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan agensi berkaitan akan meneruskan rutin rondaan seperti biasa.

Beliau berkata, pihaknya akan memberi maklumat dari semasa ke semasa sekiranya terdapat petunjuk atau penemuan baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya