Tragedi tanah runtuh: Operasi SAR diteruskan hari ketujuh jika gagal temukan baki mangsa

Tragedi tanah runtuh: Operasi SAR diteruskan hari ketujuh jika gagal temukan baki mangsa

KERATAN laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan diteruskan sehingga hari ketujuh jika masih gagal menemukan baki 12 mangsa mangsa tragedi tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, di sini.

Bagaimanapun Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya akan berbincang dengan polis untuk menyambung misi pencarian tersebut.

Katanya, pencarian kini meliputi kawasan anggaran mangsa sekali gus memberi petunjuk kepada pihaknya menjejaki mangsa.

“Kita teruskan misi SAR selama 24 jam, namun akan ditangguhkan jika hujan lebat dan berlaku pergerakan tanah sehingga hari ketujuh.

“Tetapi berdasarkan pengalaman kejadian runtuhan kuari di Perak, beberapa bulan baru jumpa mangsa. Namun kita sedaya upaya jejaki mangsa sehingga ditemukan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sehingga kini pasukan mencari dan menyelamat (SAR)  belum menemukan baki 12 mangsa tragedi itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya