Radius pencarian kanak-kanak dikhuatiri lemas diperluas - Utusan Malaysia

Radius pencarian kanak-kanak dikhuatiri lemas diperluas

IBU mangsa, Nurul Ain Bakri (kiri) menanti penuh sabar perkembangan operasi mencari dan menyelamat Muhammad Sufi Eijas Mohd. Sobrey di Kampung Kebor Besar, Manir, Kuala Terengganu, pagi ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Radius pencarian kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dikhuatiri lemas di sebuah tali air diperluaskan sehingga satu kilometer di Kampung Kebor Besar, Manir, di sini, hari ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohd. Mazimi Mohamad berkata, usaha itu dilakukan selepas operasi carilamat mangsa yang dilaporkan hilang sejak petang semalam tidak berhasil.

Menurut beliau, anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) telah melakukan enam selaman di kawasan tali air terbabit bagi mencari Muhammad Sufi Eijas Mohd. Sobrey sejak dilaporkan hilang di tali air itu.

Namun, tiada tanda-tanda penemuan kanak-kanak itu yang dipercayai terjatuh ke dalam tali air ketika bersama ayahnya, Mohd. Sobrey Ramli, 32, serta dua lagi adik-beradik mangsa.

“Operasi selaman oleh anggota PPDA dihentikan seketika malam ini (semalam) dan akan disambung pagi esok (hari ini) selain memberi tumpuan mengesan mangsa di permukaan air.

“Sehingga malam ini (semalam) juga, seramai 67 anggota penyelamat termasuk pihak berkuasa dan penduduk kampung menyertai operasi carilamat dengan kekuatan 13 buah bot.

“Walaupun radius pencarian ditingkatkan sehingga satu kilometer, kami masih memberi tumpuan dan mencari di lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang atau dilihat,” katanya beliau ketika ditemui di sini, malam tadi.

Selain itu, beliau memberitahu, pihaknya juga telah meminta bantuan unit anjing pengesan (K9) yang dijangka tiba pagi ini bagi membantu operasi carilamat Muhammad Sufi Eijas,”

Dalam kejadian kira-kira 4.15 petang semalam, Muhammad Sufi Eijas dan dua beradiknya di bawa ke kawasan itu oleh bapanya untuk bersiar-siar sebelum menghantar abangnya ke kelas mengaji.

Menurut Mohd. Sobrey, anak sulungnya, Muhammad Shakir Wafiudin, 8, tiba-tiba memberitahu adiknya telah terjatuh dan tenggelam ke dalam tali air sebelum dia nekad terjun mencari mangsa.

Malangnya tindakan bapa mangsa serta beberapa penduduk kampung yang berada berdekatan itu gagal membuahkan hasil disebabkan arus yang terlalu deras.

Sehingga pagi ini, usaha mencari dan menyelamat mangsa masih giat dijalankan pelbagai agensi dan penduduk kampung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya