Kanak-kanak dikhuatiri lemas di tali air - Utusan Malaysia

Kanak-kanak dikhuatiri lemas di tali air

MUHAMMAD Sufi Eijas Mohd. Sobri (kanan) dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang di dalam tali air di Kampung Kebor Besar, Kuala Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang di sebuah tali air di Kampung Kebor Besar, Manir, di sini, kira-kira pukul 4.15 petang tadi.

Menurut bapa mangsa, Mohd. Sobrey Ramli, 32, kejadian itu berlaku ketika dia membawa tiga orang anaknya bersiar-siar di kawasan tali air itu sebelum menghantar mereka ke kelas mengaji.

Namun Mohd. Sobrey berkata, anak sulungnya, Muhammad Shakir Wafiudin, 8, tiba-tiba memaklumkan adiknya, Muhammad Sufi Eijas, terjatuh ke dalam tali air.

Jelasnya, dia kemudian terjun untuk mencari serta menyelamatkan anak keduanya itu malangnya usaha itu gagal disebabkan arus deras.

“Ketika kejadian saya baru mengambil anak-anak dari rumah nenek mereka di Kampung Baru Tetambah. Sementara menunggu kelas mengaji, kami datang ke sini untuk melihat air banjir.

“Kejadian berlaku dalam sekelip mata apabila anak sulung berlari ke arah saya memberitahu adiknya terjatuh dan tenggelam menyebabkan saya terus terjun ke dalam tali air,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Mohd. Sobrey yang bekerja sebagai pengawal keselamatan memberitahu, dua penduduk kampung yang berada berdekatan juga terjun untuk membantunya mencari dan menyelamat Muhammad Sufi Eijas, namun gagal kerana arus terlalu deras.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa masih dijalankan oleh anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya