Dua maut kemalangan babit tiga kenderaan di Rompin - Utusan Malaysia

Dua maut kemalangan babit tiga kenderaan di Rompin

KEADAAN Perodua Viva yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 123 Jalan Kuantan-Johor Bahru di Rompin, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Dua maut selepas kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Elgrand di Kilometer 123 Jalan Kuantan-Johor Bahru di sini hari ini.

Ketua Polis Rompin, Deputi Superintenden Mohd. Azahari Mukhtar berkata, mangsa yang maut pemandu Perodua Viva, Muhammad Aidil Adha Nazri, 23, dan penumpang belakang, Bosiah Abdullah, 62.

Beliau berkata, kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu melibatkan sebuah lori.

“Semasa kejadian MPV yang dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Kuantan terbabas ke lorong bertentangan dan melanggar lori yang datang dari arah bertentangan sebelum melanggar Perodua Viva di belakang sebuah lori,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Azahari berkata, akibat kejadian itu, penumpang belakang Perodua Viva meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta meninggal dunia semasa mendapat rawatan di hospital.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Rompin untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan giat dilakukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya