Penunggang motosikal maut langgar belakang lori di Bentong - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut langgar belakang lori di Bentong

SEBUAH motosikal melanggar belakang lori tunda tunda dalam kejadian kemalangan jalan raya di kilometer 76.2 Lebuh Raya Karak berdekatan Bentong, Pahang. - FOTO/IHSAN IPD BENTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Seorang penunggang motosikal lelaki berusia 48 tahun maut di tempat kejadian dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 76.2, Lebuhraya Karak (LRK) berdekatan Bentong semalam.

Dalam kejadian pukul 4.50 petang itu, mangsa, Samad Cham dipercayai melanggar belakang lori tunda dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, hasil siasatan polis mendapati motosikal ditunggangi Samad dari arah Bentong melanggar belakang lori tunda yang berhenti di bahu jalan di tempat kejadian.

“Kira-kira 30 minit lori tunda itu berhenti, tiba-tiba terdengar dentuman yang kuat di bahagian belakang dan mendapati sebuah motosikal melanggar bahagian belakang kenderaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaiham, akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di tempat kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya