Buruh Indonesia maut digilis rakan sekerja - Utusan Malaysia

Buruh Indonesia maut digilis rakan sekerja

TUBUH Abd. Hafis digilis sebuah lori dalam kejadian di kawasan timbang sawit, Jalan Ayer Hitam-Lendu, Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang buruh warga Indonesia maut digilis sebuah lori ketika sedang menggulung kain kanvas di kawasan timbang sawit, Jalan Ayer Hitam-Lendu di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, mangsa, Abd. Hafis, 33, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala kira-kira pukul 4 petang.

Beliau berkata, nahas dipercayai berlaku apabila lori yang dipandu seorang pekerja tempatan berusia 49 tahun tidak menyedari mangsa berada di hadapan kenderaan berkenaan.

ABD. HAFIS

“Kemalangan berpunca apabila pemandu tidak nampak mangsa yang sedang menggulung kain kanvas di kawasan pusat timbang dan telah melanggarnya.

“Akibat insiden itu, mangsa yang bekerja sebagai buruh disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Arshad, mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya