Buruh maut dilanggar lori sampah - Utusan Malaysia

Buruh maut dilanggar lori sampah

KEADAAN mayat Mazlan Yahaya yang meninggal dunia selepas dirempuh sebuah lori sampah di Kilometer 11, Jalan Mak Chili-Ibok berhampiran Kampung Yak Yah, Kemaman, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang buruh maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas sebelum dirempuh sebuah lori sampah dalam kemalangan di Kilometer 11, Jalan Mak Chili-Ibok berhampiran Kampung Yak Yah, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.05 petang, Mazlan Yahaya, 49, yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan putus kaki kiri dan cedera di bahagian kepala serta meninggal dunia di lokasi kejadian. 

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, ketika kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Chukai ke arah Ibok manakala lori jenis Hino milik Majlis Perbandaran Kemaman pula sedang dalam perjalanan dari arah Ibok ke Pusat Pelupusan Sampah Bukit Takal. 

“Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan. 

“Disebabkan jarak yang terlalu dekat, lori yang berada di laluan bertentangan, gagal mengelak menyebabkan mangsa terseret sejauh 28 meter manakala motosikal yang ditunggang terseret kira-kira 40 meter dan tersepit di bawah lori sampah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Hanyan berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya