Pasukan penyelamat jumpa lagi bahagian tubuh manusia - Utusan Malaysia

Pasukan penyelamat jumpa lagi bahagian tubuh manusia

ANGGOTA bomba menyerahkan kepada polis bahagian tubuh manusia dipercayai milik pendaki yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan kepala air di Hutan Simpan Gunung Siku, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dekat Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pasukan penyelamat hari ini menemukan lagi bahagian tubuh manusia dipercayai milik pendaki wanita yang hilang dibawa arus deras kepala air ketika aktiviti pendakian di Hutan Simpan Gunung Suku, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, separuh badan bahagian atas dari pusat itu dijumpai dalam timbunan pokok dan tanah pada pukul 10.20 pagi.

Katanya, bahagian tubuh itu ditemukan dan dibawa turun ke Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) oleh Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM).

“Jarak lokasi penemuan terbaharu itu dengan bahagian kaki kiri yang dijumpai semalam dianggarkan antara 250 ke 300 meter. Bahagian badan itu ditemui di laluan air di bahagian atas.

“Buat masa sekarang, kita tidak dapat mengesahkan sama ada bahagian tubuh tersebut mempunyai kaitan dengan kaki kiri yang dijumpai sebelum ini,” katanya ketika ditemui di PKTK Pos Atap Baru di sini hari ini.

Menurut Muhamad Shahrizal, pihaknya telah mengenal pasti beberapa lokasi di sekitar laluan air bagi mencari mangsa, namun, keadaan hujan lebat menyukarkan operasi dijalankan.

Beliau berkata, setakat ini tiada petunjuk baharu dalam operasi yang memasuki hari kedua.

“Operasi hari ini yang disambung pukul 9.30 pagi dengan pasukan penyelamat dibahagikan kepada dua kumpulan di mana kerja-kerja pencarian bermula dari tempat akhir mangsa dipercayai hanyut dan menyusuri sungai hingga hujung,” katanya.

Semalam, pasukan penyelamat yang melakukan operasi pencarian telah menemukan anggota tubuh manusia dipercayai milik pendaki yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan kepala air di Hutan Simpan Gunung Suku.

Kaki bahagian kiri itu dijumpai anggota STORM sekitar pukul 5.05 petang pada jarak 300 meter dari lokasi terakhir mangsa dihanyutkan arus deras kepala air. 

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, dua pendaki wanita dikhuatiri hilang selepas dihanyutkan kepala air ketika melakukan aktiviti pendakian bersama 27 individu lain di Hutan Simpan Kekal Gunung Suku.

Mangsa dikenali sebagai See Su Yen, 30, dan Ng Yee Chew, 46. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya