Kakak, adik OKU nyaris rentung  - Utusan Malaysia

Kakak, adik OKU nyaris rentung 

KEADAAN rumah didiami dua adik beradik yang musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Pahang Tua, di Pekan, Pahang. FOTO IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Dua beradik termasuk seorang daripadanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) nyaris rentung apabila rumah mereka di Kampung Pahang Tua di sini musnah terbakar dalam kejadian pukul 9.30 pagi hari ini. 

Ekoran kejadian tersebut, mangsa, Al Faldilah Abdul, 44, dan Norsyabitah, 23, melecur di bahagian kaki serta muka. 

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Peramu, Wan Samsul Afendi Wan Mahmud berkata, dalam kejadian itu, rumah jenis separuh kekal yang didiami kedua-dua beradik itu melibatkan kebakaran sehingga 70 peratus hingga menyebabkan hampir musnah keseluruhannya.

“Hasil siasatan awal mendapati ketika kejadian, Al Faldilah cuba untuk menyelamatkan adiknya, Norsyabitah yang merupakan seorang OKU untuk keluar daripada rumah berkenaan.

“Kedua-duanya berjaya menyelamatkan diri, namun, mengalami kecederaan melecur di bahagian kaki dan muka.

“Pihak bomba mengesahkan kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan dua mangsa yang cedera itu dihantar ke Hospital Pekan menggunakan jentera Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Samsul Afendi berkata, operasi menyelamat dan memadamkan kebakaran tersebut turut melibatkan bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pekan.

Katanya, secara keseluruhan, ia membabitkan kekuatan 13 anggota termasuk pegawai penyelia dan lima jentera serta kenderaan pacuan.

“Pasukan bomba membuat operasi pemadaman menggunakan dua salur aliran air daripada tangki pam jentera bomba.

“Secara keseluruhannya, pihak bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengawal kebakaran dan berjaya menamatkan operasi sepenuhnya kira-kira pukul 10.30 pagi,” katanya. –UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya