Jurutera maut jatuh motosikal  - Utusan Malaysia

Jurutera maut jatuh motosikal 

SEORANG penunggang motosikal maut selepas dipercayai bergesel dengan kenderaan lain sebelum terjatuh di KM 31.4 Lebuhraya KESAS di Shah Alam, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang jurutera maut selepas motosikal ditungganginya terlibat kemalangan dengan dua kenderaan lain di Kilometer 31.4 Lebuhraya Shah Alam (KESAS) di sini, semalam.

Kejadian pukul 6.29 petang itu berlaku ketika lelaki berusia 24 tahun berkenaan menunggang motosikal jenis Honda Future menuju ke arah Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah motosikal yang tidak dikenal pasti nombor pendaftarannya.

“Ia mengakibatkan mangsa terjatuh dan terkena tayar belakang sebuah treler jenis Volvo yang sedang bergerak di lorong ketiga.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan 1987. 

Sehubungan itu, Mohd. Iqbal meminta saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya tampil bagi membantu siasatan.

Mereka boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 014-8066744. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya