Dua beranak Orang Asli maut terkena renjatan elektrik ketika memancing  - Utusan Malaysia

Dua beranak Orang Asli maut terkena renjatan elektrik ketika memancing 

MAYAT dua beranak Orang Asli ditemukan meninggal di tepi sungai berhampiran ladang sawit dipercayai terkena renjatan elektrik ketika memancing menggunakan wayar dan bateri kereta di Batu Sawar 2, dekat Kuala Krau di Temerloh, Pahang. - FOTO SUMBER MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Dua beranak maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menangkap ikan menggunakan wayar yang dipasang pada bateri kereta berhampiran sungai di ladang kelapa sawit di Batu Sawar 2, Kuala Krau, di sini, semalam.

Mayat bapa dan anaknya yang berketurunan Orang Asli itu, masing-masing berusia 45 dan 16 tahun dari Kampung Paya Sendayan di sini. 

Kedua-dua mayat telah ditemukan oleh penduduk kampung kira-kira pukul 3.40 petang semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan mendapati bapa dan anak itu keluar dari rumah untuk aktiviti menangkap ikan, sejak Sabtu lalu.

Menurutnya, ahli keluarga mula curiga apabila kedua-duanya tidak pulang ke rumah pada malam Sabtu itu.

“Penduduk kampung Orang Asli yang menyedari kehilangan bapa dan anak itu,  mereka mula mencari ke seluruh kampung dan kawasan berhampiran kira-kira pukul 10 pagi semalam. 

“Namun begitu, kira-kira pukul 3.40 petang, mereka menemukan kedua-dua mangsa dalam keadaan terbaring berhampiran sungai.

“Penduduk kampung menjumpai bateri kereta dan wayar elektrik dipasang pada pancing berhampiran mangsa dan mereka dipercayai terkena renjatan elektrik ketika memancing menggunakan wayar elektrik hidup di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Ramli berkata, kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di sini, untuk bedah siasat.

Tambah beliau, polis sedang menyiasat jika terdapat penduduk Orang Asli lain turut melakukan aktiviti memancing nadi elektrik di sungai berkenaan. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya