Bumbung rumah terbang, juadah berbuka dipenuhi air hujan  - Utusan Malaysia

Bumbung rumah terbang, juadah berbuka dipenuhi air hujan 

NORA NORDIN menunjukkan bumbung bilik rumahnya yang diterbangkan angin kencang dalam kejadia ribut petang semalam di Kampung Sungai Batu Laut, Teluk Kumbar, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: ‘Habis semua juadah berbuka puasa kami anak beranak dipenuhi air yang tiba-tiba menitis dari siling ruang tamu’.

Demikian luahan seorang ibu tunggal, Nora Nordin, 46, sebelum dia menyedari bumbung di bilik atas kediaman dua tingkat itu diterbangkan angin kencang di Kampung Sungai Batu Laut, Teluk Kumbar di sini  kira-kira pukul 7.30 malam, semalam.

Cerita Nora, semasa kejadian, dia bersama anak lelaki berusia 14 tahun dan cucu perempuan berumur tiga tahun ketika itu sedang berbuka puasa di ruang tamu bahagian bawah rumah separa kayu tersebut.

“Ketika itu, hujan sangat lebat dan kami tidak menyangka bunyi kuat seperti dipanah petir rupanya adalah bumbung rumah kami yang tercabut akibat diterbang angin kuat.

“Ini merupakan kejadian pertama berlaku sejak tinggal di rumah milik bapa,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Turut hadir ialah Setiausaha Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Batu Laut, Mohd. Sobri Hamid.

Sementara itu, kejadian ribut di daerah ini petang semalam turut menyebabkan dua buah kediaman di Jalan Sepakat dan Kampung Masjid turut ditimpa pokok.

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya