Warga emas tanpa identiti, maut dilanggar depan masjid - Utusan Malaysia

Warga emas tanpa identiti, maut dilanggar depan masjid

MANGSA maut di hadapan Madrasah Al-Rahmah, Melaka selepas dirempuh sebuah motosikal. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang warga emas bertemu ajal di hadapan masjid selepas dirempuh sebuah motosikal di Jalan Limbongan-Tengkera di sini, pagi ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi itu, mangsa, Aziz Mohd. Noor, 61, maut di lokasi kerana mengalami kecederaan parah di kepala. 

Difahamkan, mangsa terlibat dalam nahas selepas menunaikan solat subuh di masjid berkenaan. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang berjalan kaki melintas jalan dari Madrasah Al-Rahmah. 

“Ketika mangsa sedang melintas jalan, sebuah motosikal ditunggang seorang pemuda berusia 21 tahun dari arah lampu isyarat Jalan Limbongan menghala Tengkera-Lorong Pandan telah melanggarnya. 

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, tambah Hasan Basri, hasil siasatan terhadap kad identiti dipercayai milik mangsa yang ditemukan di lokasi mendapati, pengenalan diri yang tertera itu tidak wujud atau mempunyai rekod. 

“Pengecaman mayat mangsa dibuat oleh kakaknya dan mendakwa adiknya itu tidak tinggal serumah bersamanya.

“Kad identiti itu digunakan mangsa untuk urusan harian serta mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Klebang,” jelasnya.

Ujarnya, pegawai penyiasat telah mendapatkan cap jari mangsa dan akan dihantar ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri untuk tindakan lanjut.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka bagi proses bedah siasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya