Wanita lemas ketika mandi di Gunung Ledang - Utusan Malaysia

Wanita lemas ketika mandi di Gunung Ledang

MANGSA dibawa oleh anggota bomba selepas ditemukan lemas ketika mandi di air terjun Gunung Ledang, Tangkak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Aktiviti riadah seorang wanita bertukar tragedi apabila dia ditemukan lemas ketika mandi di Air Terjun Gunung Ledang, Jalan Sagil-Jementah di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian  pukul 10.30 pagi itu, Nurul Syafiqa Mokhtar, 21, disahkan meninggal dunia sejurus ditemukan pasukan  bomba dan penyelamat.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Pegawai Bomba Kanan I Hairulnizam Ridhuan berkata, anggota yang menerima panggilan kecemasan telah menghantar pasukannya ke lokasi yang dilaporkan. 

“Hasil pencarian menggunakan kaedah ‘surface searching’ menemukan mangsa pada pukul 11.38 pagi iaitu sejam selepas mencari,” kata beliau ketika dihubungi.

Menurut beliau, mayat mangsa kemudian  dibawa turun ke kaki gunung untuk diserahkan kepada pihak polis.

Katanya, seramai tujuh anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terlibat dalam operasi itu.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya