Remaja perempuan maut motosikal bergesel lori - Utusan Malaysia

Remaja perempuan maut motosikal bergesel lori

KEADAAN kemalangan melibatkan remaja perempuan yang maut selepas motosikalnya bergesel dengan sebuah lori di Jalan Slim Village berhampiran Kampung Rasau dekat Slim River hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Seorang remaja perempuan maut manakala adik lelakinya patah kaki kiri selepas motosikal dinaiki mereka bergesel dengan lori di Jalan Slim Village berhampiran Kampung Rasau di sini pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 11.30 pagi itu, Nurul Nazira Hanum Ismail, 17, yang membonceng motosikal jenis Honda RS 150 meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala adiknya, Muhammad Khairul Rezeal, 15, patah kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika lori dipandu lelaki berusia 34 tahun itu dalam perjalanan dari Slim Village menghala ke Slim River.

Katanya, sampai di lokasi kejadian, sebuah motosikal yang ditunggang remaja lelaki berusia 15 tahun cuba memotong lori tersebut, namun, terdapat kenderaan lain di arah bertentangan dan menyebabkan mangsa gagal mengelak lalu bergesel dengan lori.

“Kemalangan itu menyebabkan pembonceng motosikal parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang motosikal pula patah kaki kiri setelah terjatuh di bahagian tayar belakang lori.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Slim River untuk bedah siasat dan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya