Remaja ditemukan lemas dalam kolam - Utusan Malaysia

Remaja ditemukan lemas dalam kolam

ANGGOTA polis membawa mayat mangsa yang ditemukan lemas dalam kejadian di sebuah kolam berhampiran Taman Bukit Saga, Mantin, Seremban malam semalam UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh di dalam sebuah kolam berhampiran Taman Bukit Saga, Mantin dekat sini dalam kejadian petang semalam.

Mangsa, Danny Izzahagi Muhammad Azrul, 13, ditemukan oleh anggota dari unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat kira-kira pukul 11.28 malam.

Penyeleras unit PPDA dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Mohd. Kamal Mohd. Timar berkata, mangsa ditemukan pada kedalaman tiga meter selepas selaman kedua dilakukan para anggotanya.

“Selama 18 minit masa diambil untuk mencari mangsa dan mangsa ditemukan lemas pada pukul 11.28 malam.

“Kami mendapati tiada sebarang kecederaan pada badan mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Kamal, mayat mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk tujuan bedah siasat. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya