Penunggang motosikal maut langgar lubang  - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut langgar lubang 

KEADAAN mayat Yahya Ramli yang meninggal dunia di tempat kejadian selepas melanggar lubang di jalan di Taman Desa Bayanmas, Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terlanggar lubang di Taman Desa Bayanmas, Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam di sini semalam.

Menurut Ketua Polis Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, mangsa ,Yahya Ramli, 63, berasal dari Kampung Padang Satu Bandar  Bukit Kayu Hitam, Changlun di sini meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, dalam kejadian pada pukul 1.45 petang itu, mangsa yang tidak memakai topi keledar menunggang motosikal dari rumahnya ke Masjid Bukit Kayu Hitam.

“Apabila sampai di Jalan Taman Desa Bayanmas, motosikal ditunggangi mangsa dipercayai hilang kawalan akibat terlanggar sebuah lubang di  jalan tersebut lalu terbabas dan jatuh di tengah jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Rodzi, mangsa telah dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Jitra untuk melakukan bedah siasat.

“Kes dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya