Mangsa maut kemalangan baru habis khatam al-Quran  - Utusan Malaysia

Mangsa maut kemalangan baru habis khatam al-Quran 

KEJADIAN kemalangan yang meragut nyawa seorang wanita berusia 17 tahun di Jalan Guar Petai, Tasek Gelugor, Pulau Pinang awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR: Remaja perempuan yang maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza di Jalan Guar Petai di sini dikatakan sempat khatam al-Quran sebelum terlibat dalam nahas tersebut hari ini. 

Mangsa yang dikenali sebagai Khadijah berusia 17 tahun  itu merupakan anak perempuan kepada mudir sebuah madrasah tahfiz di Padang Serai, Kedah. 

Bagaimanapun, ahli keluarga mangsa yang masih terkejut dengan kejadian itu enggan ditemu bual pemberita buat masa ini. 

Mangsa yang merupakan penumpang hadapan itu maut dalam kemalangan kira-kira pukul 8 pagi tadi manakala empat yang lain termasuk pemandu lelaki MPV berkenaan mengalami kecederaan. 

Kejadian dikatakan berlaku apabila kenderaan dari arah Guar Petai, Tasek Gelugor ke arah Sungai Dua, Butterworth tersebut hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok di tepi jalan. 

Difahamkan, kenderaan berwarna kelabu itu kemudiannya terbabas ke kanan jalan dan melanggar sebatang pokok yang berada di arah bertentangan.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kepala Batas (HKB) di sini bagi urusan bedah siasat manakala empat individu yang cedera dikejarkan ke hospital sama bagi rawatan lanjut. 

Kejadian itu turut tular dalam media sosial hari ini yang mana netizen melahirkan rasa sedih dengan kejadian menimpa mangsa. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad mengesahkan kejadian tersebut. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya