5,691 masih terkandas di PPS - Utusan Malaysia

5,691 masih terkandas di PPS

SEBAHAGIAN penduduk Taman Perumahan Prima Pasir Mas mengangkat barang keperluan selepas dinaiki air setinggi 1.5 meter menyebabkan ramai penduduk mula berpindah dan mengangkat barang-barang keperluan di sini hari ini. -UTUSAN/ ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 5,691 mangsa daripada 1,949 keluarga masih terkandas di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas dan Tumpat yang kini berdepan masalah banjir termenung.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi InfobencanaJKM melaporkan, setakat pukul 5 petang ini, mangsa banjir di Pasir Mas berkurangan kepada 5,130 orang manakala Tumpat merekodkan 561 orang.

Sementara itu, portal ebanjirkelantan.gov.my melaporkan Sungai Golok di Rantau Panjang dan Kuala Jambu, Tumpat masih berada pada paras bahaya manakala sungai utama lain kembali ke paras normal. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya