Pencarian warga emas hilang diluaskan ke Sungai Linggi - Utusan Malaysia

Pencarian warga emas hilang diluaskan ke Sungai Linggi

ANGGOTA unit PPDA dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Port Dickson urut membantu dalam operasi mencari wanita warga emas yang hilang di kawasan Sungai Linggi, Rantau, Seremban hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Operasi pencarian warga emas, A. Sivapaki, 73, yang hilang sejak 30 Januari lalu diteruskan hari ini dengan turut melibatkan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Penolong Pengarah Operasi, JBPM Negeri Sembilan, Zamhuri Zainnordin berkata, operasi yang memasuki hari keempat hari ini turut melibatkan seramai 85 orang anggota daripada pelbagai agensi dan jabatan serta penduduk kampung.

Kata beliau, operasi pencarian tersebut dibahagikan kepada lapan kumpulan dengan tumpuan diberikan di dalam kawasan ladang pokok getah dan sawit serta turut menyusuri laluan air menuju ke Sungai Linggi.

“Hari ini, sebanyak lapan buah kumpulan telah dibahagikan dalam operasi bermula pukul 9.15 pagi ini. 

“Kami akan menyelusuri sejauh tujuh kilometer melibatkan kawasan ladang pokok getah dan sawit serta turut menyelusuri laluan air menuju ke Sungai Linggi dengan menggunakan dua buah kayak,” katanya kepada pemberita di Kampung Sega Tengah, Rantau  di sini hari ini.

Utusan Online sebelum ini melaporkan seorang wanita warga emas hilang ketika mencari lembu di kawasan ladang sawit di Kampung Sega Tengah, Kuala Sawah, Rantau dekat sini pada 30 Januari lalu.

Sementara itu, menurut Zamhuri, operasi pencarian hari ini bermula dari jambatan Kampung Sega Kuala Sawah ke Loji Rawatan Air (LRA) Kuala Sawah, Rantau. -UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya