Pemandu cedera, lori terperangkap jambatan runtuh - Utusan Malaysia

Pemandu cedera, lori terperangkap jambatan runtuh

KEADAAN sebuah lori yang terperangkap akibat jambatan runtuh di Tranum berhampiran Tokong Cina Tras di Raub, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Seorang pemandu lori membawa muatan surat khabar berdepan detik cemas apabila kenderaan dipandunya terperangkap bersama jambatan yang runtuh di Tranum berhampiran Tokong Cina Tras di sini hari ini.

Pemandu lori berusia 30 tahun itu mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, lori dipandu lelaki berkenaan yang melalui jambatan itu terperangkap selepas jambatan berkenaan runtuh.

“Susulan kejadian, jalan di situ ditutup di kedua-dua belah arah dan tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Kama Azural, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku susulan hujan lebat dari pukul 11.30 malam hingga pukul 3 pagi tadi.  –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya