Kanak-kanak hiperaktif terperangkap dalam mesin pengering pakaian - Utusan Malaysia

Kanak-kanak hiperaktif terperangkap dalam mesin pengering pakaian

PASUKAN bomba berusaha mengeluarkan Muhammad Amir yang tersangkut dalam mesin pengering pakaian dekat rumahnya di Sungai Udang, Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Keriangan seorang kanak-kanak yang hiperaktif terhenti apabila dia didapati tersangkut dalam mesin pengering selepas memasukinya pada petang tadi dekat rumahnya di Taman Hassan, Sungai Udang, di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kanak-kanak lelaki tersebut, Muhammad Amir Rayyan Azman, 6, tersangkut ketika sedang bermain di rumahnya.  

“Semasa kejadian, ibu bapanya berada di dalam rumah terkejut melihat Muhammad Amir menjerit meminta tolong akibat kaki kanannya sudah tersepit di dalam mesin tersebut.

“Panik melihat insiden tersebut, mereka menghubungi kami kira-kira pukul 1.52 petang untuk mendapatkan bantuan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, enam anggota termasuk pegawai daripada balai bomba dan penyelamat (BBP) Kota Raja telah ditugaskan menjalankan operasi menyelamat mangsa dan tiba di rumahnya kira-kira pukul 2.14 petang.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, kata Norazam, anggotanya terus melakukan kerja menyelamatkan Muhammad Amir dengan pantas serta berhati-hati.

“Operasi mengeluarkan kaki Muhammad Amir berlangsung selama tiga minit dan dijalankan secara berwaspada.

“Anggota saya menyerahkan mangsa kepada ayahnya sebaik sahaja dia berjaya diselamatkan dan tiada kecederaan yang dialami,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya