Enam mangsa bot berlanggar dibenarkan keluar hospital - Utusan Malaysia

Enam mangsa bot berlanggar dibenarkan keluar hospital

KASEMANI EMBONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Enam mangsa yang terlibat dalam insiden pelanggaran bot berhampiran Jeti Kuala Besut di Besut dibenarkan keluar hospital bermula semalam.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, empat daripadanya telah discaj petang semalam disusuli dua lagi hari ini.

Katanya, perkembangan itu menyaksikan hanya seorang sahaja mangsa lemas akibat insiden berkenaan masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

“Bagaimanapun, tahap kesihatan individu itu semakin baik dan kini ditempatkan di wad biasa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Isnin lalu, bot yang membawa 29 pelancong  bersama dua awak-awak dari Pulau Perhentian itu terbalik selepas melanggar bot nelayan di muara Sungai Besut, kira-kira pukul 3.30 petang.

Seramai tujuh pelancong yang berusia antara empat hingga 70 tahun dimasukkan ke HSNZ akibat lemas dengan lima merupakan mangsa kanak-kanak manakala dua lagi dewasa.

Kasemani berkata, kesemua mereka yang dibenarkan keluar hospital diminta menjalani pemeriksaan susulan di klinik kesihatan berdekatan sekiranya perlu. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya