Elak ke laut, ombak kuat sukar dijangka - Utusan Malaysia

Elak ke laut, ombak kuat sukar dijangka

MUHAMMAD KHALIL ABD. AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Orang ramai yang ingin melakukan aktiviti di laut perlu mengambil.perhatian serius terhadap amaran ribut petir walaupun pada kategori waspada bagi mengelak sebarang kecelakaan.

Pengarah Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd. Aziz berkata, walaupun tiada sebarang amaran bahaya di perairan negeri ini selepas kelajuan angin sekitar 20 hingga 30 kilometer (km) sejam, namun, situasi itu boleh diburukkan dengan angin lebih kencang.

“Untuk Kedah, ini termasuk dalam Selat Melaka Utara dan kalau ikut kiraan, tiada amaran kerana kelajuan angin kurang 30 km sejam manakala ketinggian ombak antara 1 hingga 1.3 meter. Namun, keadaan di laut adalah di luar jangkaan terutama apabila angin kencang datang tiba-tiba apabila berlaku ribut petir.

“Jabatan Meteorologi ingin menasihatkan semua terutama mereka yang ingin melakukan aktiviti di laut, peka kepada keadaan cuaca ini. Jika nampak langit kelam, jangan teruskan ke laut. Jika sudah berada di laut, cari tempat berlindung di pulau-pulau, “ katanya.

Katanya, pihak Jabatan Meteorologi memantau cuaca dan gelombang ombak di laut serta mengeluarkan amaran apabila berlaku perubahan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

\Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan kejadian seramai 18 pemancing termasuk krew terkandas di laut apabila bot yang dinaiki mereka karam akibat bocor dipukul ombak di Langkawi, semalam.

Muhammad Khalil memberitahu, pihaknya juga menjangkakan hujan dan ribut petir itu berterusan di beberapa kawasan di negeri ini sehingga esok ekoran Monsun Timur laut.

“Hujan dan ribut petir dijangka sehingga esok dan cuaca akan menjadi lebih baik selepas itu secara berperingkat.

“Perubahan cuaca ini adalah ekoran Monsun Timur Laut di sebelah Pantai Timur. Angin terlalu kencang dari Pantai Timur hingga melepasi Banjaran Titiwangsa dan ini adalah suatu di luar jangkaan. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya