MELAKA: Paras enam sungai di negeri ini terus mencatatkan peningkatan pada paras bahaya, amaran dan waspada, pagi ini.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui hantaran dalam laman sosial Facebook memaklumkan, dua sungai iaitu Sungai Melaka di Melaka Pindah dan Batu Hampar telah melepasi paras bahaya.
“Bacaan terkini Sungai di Melaka Pindah adalah 12.1 meter, telah melepasi paras bahaya 11.9 meter.
“Sungai di Batu Hampar pula adalah 2.67 meter, melepasi bacaan dua meter,” katanya.
Tambahnya, tiga sungai iaitu di Sungai Kesang, Telok Rimba; Sungai Cheng D/S dan Sungai Duyong kini turut berada pada paras amaran.
“Sungai Kesang kini menghampiri bacaan bahaya iaitu 3.58 meter, manakala di Cheng D/S 2.57 meter mendekati paras 3.5 meter.
“Sungai Duyong 1.44 meter menghampiri 1.8 meter,” katanya.
Tambahnya, Sungai Cheng U/S berada pada bacaan waspada iaitu 2.49 meter dengan tahap bahaya adalah 3.5 meter. -UTUSAN ONLINE