Seorang maut, nahas rempuh tiang telekomunikasi - Utusan Malaysia

Seorang maut, nahas rempuh tiang telekomunikasi

KEADAAN kereta jenis Proton Iswara yang terlibat nahas di Jalan Sedia Raja-Mampong, Rembau pagi tadi. -GAMBAR IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang wanita maut selepas kereta yang dinaikinya merempuh tiang telekomunikasi dalam kejadian di Jalan Sedia Raja-Mampong, di sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Mariana Arif, 21, beralamat di Kampung Tanjung Sena Hulu, disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik akibat mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, siasatan awal mendapati pemandu kereta jenis Proton Iswara tersebut iaitu seorang lelaki  berusia 22, dari arah Jalan Sedia Raja menghala ke Mampong. 

“Sebaik sampai di tempat kejadian, pemandu telah hilang kawalan ke atas kenderaannya lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang telekomunikasi berkenaan. 

“Mangsa yang merupakan penumpang tempat duduk hadapan telah tercampak keluar dari kenderaan yang dinaikinya. 

“Akibat kemalangan, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan telah di hantar ke unit forensik Hospital Rembau untuk dibedah siasat esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hazri berkata, pemandu kenderaan berkenaan pula telah dimasukkan ke Zon Merah Hospital Rembau untuk rawatan lanjut setelah mengalami sesak nafas serta cedera di bahagian dada dan tangan sebelah kanan. 

Menurut beliau, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya