1,515 mangsa banjir gelombang kedua dipindahkan di Pahang - Utusan Malaysia

1,515 mangsa banjir gelombang kedua dipindahkan di Pahang

SEBUAH rumah penduduk dinaiki air di Kampung Lubuk Kulit di Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seramai 1,515 mangsa banjir di Pahang mula dipindahkan ke 428 pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air dalam gelombang kedua banjir yang bermula 31 Disember lalu.

Jumlah mangsa banjir di tujuh buah daerah di negeri ini dilaporkan mula menunjukkan peningkatan berbanding semalam iaitu 1,421 mangsa.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 428 buah keluarga berada di 47 PPS di negeri ini.

Menurutnya, setakat ini dalam kejadian bencana banjir gelombang kedua ini tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.

“Lipis mencatatkan daerah tertinggi iaitu 553 orang daripada 155 keluarga yang ditempatkan di 16 PPS; Rompin 382 orang daripada 109 buah keluarga di tujuh PPS; diikuti Raub iaitu 278 mangsa daripada 84 keluarga di 12 PPS.

“Di Jerantut, jumlah mangsa dipindahkan ke empat PPS iaitu 176 mangsa daripada 45 buah keluarga manakala Maran 69 mangsa daripada 18 keluarga di lima PPS.

“Di Kuantan, masih tiada perubahan iaitu 42 mangsa daripada 13 keluarga ditempatkan di dua PPS dan di Bera dibuka semula satu PPS menempatkan 14 mangsa daripada empat keluarga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Che Adam berkata, bagi empat lagi daerah iaitu Temerloh, Pekan dan Bentong operasi PPS masih belum dibuka berikutan tiada kawasan yang terjejas.

Sementara itu, katanya, sebanyak lapan laluan masih ditutup membabitkan beberapa daerah iaitu Kuantan, Maran, Pekan, Raub, Jerantut, Temerloh dan Lipis. 

“Di Kuantan, jalan ditutup membabitkan Jalan Sungai Lembing; Maran melibatkan Jalan Kuala Lumpur-Kuantan; Pekan di Jalan Kuantan-Segamat dan di Raub iaitu Jalan Ulu Dong.

“Bagi penutupan jalan di daerah Jerantut membabitkan Jalan Kuala Lipis – Jerantut; di Temerloh melibatkan dua jalan iaitu Jalan Temerloh – Jerantut dan Jalan Paya Luas – Perlok serta di Lipis melibatkan Jalan Bentong – Gua Musang,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya