PETALING JAYA: Keadaan pasca banjir di kawasan di Sungai Lui dan Taman Sri Nanding, Hulu Langat seperti dilanda tsunami.
Banyak rumah terutamanya yang diperbuat daripada kayu hanyut dibawa arus air deras manakala lebih 20 buah kereta kelihatan tersadai dan bergelimpangan.
KEADAAN sekitar Sungai Lui, Hulu Langat yang bagaikan dilanda tsunami. -Video media sosial
Pokok-pokok tanaman juga musnah dan ada sesetengah kawasan kelihatan seperti padang jarak padang tekukur.
Malah, banyak struktur jalan raya rosak ada sebahagiannya roboh.
Kebanyakan warganet dalam media sosial menyatakan rasa simpati di atas kejadian tersebut. -UTUSAN ONLINE