[VIDEO] Detik cemas Myvi hampir dilenyek lori balak - Utusan Malaysia

[VIDEO] Detik cemas Myvi hampir dilenyek lori balak

TANGKAP layar video Perodua Myvi hampir bergesel dengan lori yang penuh dengan muatan kayu balak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tular dalam Facebook baru-baru ini rakaman video mengenai Perodua Myvi yang hampir bergesel dengan sebuah lori yang penuh dengan muatan kayu balak.

Kejadian itu dikatakan bermula apabila pemandu Perodua Myvi yang dilihat cuba memotong lori berkenaan melalui laluan kecemasan yang terletak di sebelah kiri.

Namun, pemandu berkenaan terpaksa membuat brek mengejut setelah menyedari di hadapannya merupakan jambatan satu lorong manakala di sebelah kanannya merupakan lori berkenaan.

Tindakan pemandu berkenaan yang dilihat melulu dan memotong di laluan yang salah turut dikecam warganet.

RAKAMAN video yang tular dalam Facebook mengenai Perodua Myvi hampir bergesel dengan lori yang penuh muatan kayu balak.

Rata-rata warganet menyalahkan pemandu Perodua Myvi yang dilihat memandu secara berbahaya dan memotong di laluan yang salah.

“Bila King bertemu dengan Kong,” kata Azman Zain.

Samsor Junet pula berkata, “Budak baru pijak pedal ni. Bagi dia Audi. Mau dia terbang.”

“Myvi salah, case close,” kata Samsul Badri.

“Dari segi muatan dan kelajuan , salah lori, dari sudut pemanduan berhemah, sepatutnya Myvi beralahlah kerana dah nampak jalan sempit depan @ jambatan, bagi lah lori yang laju tu lepas dulu. Pandangan saya yang dah 45 tahun memandu,” kata Zainalabidin Mustaffa. -UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya