Rumah terbakar, warga emas terkilan gagal selamatkan telefon bimbit - Utusan Malaysia

Rumah terbakar, warga emas terkilan gagal selamatkan telefon bimbit

OTHMAN Salleh kini berteduh di balai raya selepas kediamannya berhampiran Hospital Kemaman di Kemaman, terbakar malam tadi. - NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang warga emas terkilan tidak dapat menyelamatkan telefon bimbit selepas kediamannya berhampiran Hospital Kemaman di sini, terbakar tengah malam tadi.

Kejadian pada pukul 12.20 tengah malam itu berlaku ketika mangsa, Othman Salleh, 76, nyenyak tidur. 

Othman berkata, selain telefon bimbit, turut hangus ialah wang simpanannya bernilai lebih RM100 yang disimpan dalam almari. 

“Saya terkilan tidak dapat menyelamatkan telefon bimbit untuk memberitahu kejadian ini kepada adik-beradik lain. 

“Saya cuba mengambil duit simpanan dalam almari, tetapi gagal kerana tidak jumpa kunci dan api merebak dengan cepat,” katanya ketika ditemui hari ini. 

Othman berkata, kebakaran itu hanya disedari selepas terdengar jeritan rakan serumahnya, Ismail Ali, 73, yang baru pulang dari kedai. 

Katanya, mereka kini menumpang teduh di balai raya Kampung Datuk di Chukai. 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, pihaknya menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menguruskan kelengkapan tempat tidur dua warga emas berkenaan di balai raya sebelum disusuli bantuan lain.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya