Polis kesan saksi langgar lari wanita - Utusan Malaysia

Polis kesan saksi langgar lari wanita

CHA HOONG FONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Polis sedang mengesan saksi kemalangan melibatkan seorang wanita warga Indonesia yang maut dilanggar lari di Jalan Telok Gong di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 6.37 petang itu, mangsa dipercayai berusia 40-an menunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, ketika kejadian wanita itu menunggang motosikal bersendirian menghala ke Klang.

“Setibanya di lokasi berdekatan sebuah kilang, mangsa dipercayai dilanggar dari arah belakang.

“Perlanggaran itu kemudian menyebabkan mangsa terjatuh dan digilis sebuah kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, nombor pendaftaran kenderaan itu belum dikenal pasti pihaknya setakat ini.

“Justeru, polis sedang mengesan saksi kemalangan itu bagi membantu siasatan. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Tambah Hoong Fong, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Klang Selatan, Inspektor Ana Vanessa di talian 018-2717165. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya