Kanak-kanak terkunci 15 minit dalam Axia - Utusan Malaysia

Kanak-kanak terkunci 15 minit dalam Axia

PASUKAN bomba menyelamatkan kanak-kanak lelaki yang terperangkap dalam kereta di Taman Bendahara, Kuala Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun diselamatkan bomba selepas 15 minit terperangkap dalam sebuah kereta yang terkunci di Taman Bendahara di sini, semalam.\

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.39 petang.

Katanya, sepasukan enam pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikerah dalam operasi berkenaan.

“Setibanya di lokasi, kanak-kanak lelaki itu didapati masih terkunci dalam kereta Perodua Axia di hadapan sebuah rumah.

“Ketika kejadian, mangsa bersama keluarganya dipercayai mahu keluar atas urusan tertentu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Norazam, pihaknya kemudian menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan kanak-kanak itu.

“Operasi menyelamat mangsa mengambil masa selama 10 minit. 

“Kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan dan diserahkan kepada ibu bapanya,” ujarnya.

Tambah beliau, operasi itu tamat sepenuhnya pada pukul 4.54 petang. -UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya