Identiti mangsa nahas treler rempuh Wira dikenal pasti - Utusan Malaysia

Identiti mangsa nahas treler rempuh Wira dikenal pasti

KEADAAN Proton Wira yang dirempuh treler sehingga mengorbankan 10 nyawa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Identiti 10 mangsa yang maut dalam kemalangan melibagkan empat buah kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam malam tadi telah dikenal pasti.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa terdiri daripada seorang wanita, Norul Naziah Buyong, 37, bersama lapan anaknya yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira. 

Katanya, bagaimanapun, suami wanita itu Abd.Razak Majit, 50, yang juga pemandu kereta terselamat.

“Lapan anak pasangan itu berusia 10 bulan hingga 17 tahun dikenal pasti Muhamad Razarul Amin, 17; Razatul Aliah, 16; Puteri Hidayah,12; Muhamad Aizat Syazwan,10; Muhamad Rolkaizat Rezky,9; Muhamad Hidayat Hakimie, 7; Puteri Nor Ain Syalwana, 3 dan Muhammad Raid Fahti, 10 bulan.

“Seorang lagi mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu sebuah lagi Proton Wira berusia 27 iaitu mekanik dikenal pasti Mohamad Rahimin Rolex,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut Norazam, enam lagi mangsa cedera iaitu Ihyat Sufi Shokip, 20, Mimiee Nafiesa Abdullah, 19 Umie Nasuha Annuwar, 20, Mohd Khairul Kamal, 45, Haiqal Haziq Mohd Khairul, 19 dan Hafiey Hamziey, 14. 

“Mereka yang cedera termasuk mereka yang menaiki kereta Perodua Axia, Proton Wira dan treler,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya