Warga emas jatuh motor, berdarah langgar lubang kumbahan - Utusan Malaysia

Warga emas jatuh motor, berdarah langgar lubang kumbahan

GAMBAR warga emas yang berdarah kerana terjatuh motosikal melanggar lubang kumbahan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Netizen menerusi ciapan Twitter melahirkan rasa marah mereka apabila masih terdapat jalan-jalan yang berlubang, tidak rata serta wujud longkang atau lubang yang tidak bertutup sehingga menyebabkan kemalangan.

Terbaru, tular sebuah gambar yang memaparkan keadaan lelaki warga emas berlumuran darah akibat jatuh tersembam ke jalan tar selepas motosikal yang ditungganginya melanggar lubang kumbahan di simpang jalan Kota Tinggi, Johor.

Pengguna Twitter, Rozy Razit mempersoalkan keberadaan ahli Parlimen dan ahli dewan undangan negeri (ADUN) yang seolah-olah tidak menyedari akan keadaan jalan di sana dan hanya fokus kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Sibuk kat PRN Melaka ke semua MP ngan ADUN? Tempat sendiri terlupa nak jaga.

“Hello polis, ni ada pakcik terbongkang masuk parit ni. Lubang tu takda tutup dah kena curi dengan ‘mat pet’,” ciapnya dalam laman Twitter.

TULAR gambar warga emas yang berdarah terjatuh motosikal kerana melanggar lubang kumbahan.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pernah mengalami kecederaan selepas basikal ditungganginya melanggar lubang dalam kejadian di Seri Cheeding, Banting hujung tahun lalu.

Mengulas kejadian jatuh lubang kumbahan ini, rata-rata pengguna Twitter meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keadaan jalan di kawasan berkenaan dan menzahirkan ucapan takziah kepada warga emas tersebut supaya cepat sembuh.

“Pergi lah kau berkempen tapi lubang tu pun tak boleh nk inovate jadi better. Baik tak payah ada pemimpin kalau semua benda rakyat buat sendiri. ye dak?. Rakyat lah yang miskin rakyat kena jaga kebajikan negara,” ciapan EyzaMohdar.

“Astaghfirullahalazim. gugur jantung aku tengok. ya Allah. kemain nak buat PRN semua tapi haih. Why,” ciapan lynnabakar.

“Haih tak boleh tengok warga emas accident macam ni even tergelincir sikit je dah boleh dapat banyak sakit, apa lagi macam ni,” MShahida_. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya