[VIDEO] Panik Kelisa dihimpit, 'dicucuk' dua lori - Utusan Malaysia

[VIDEO] Panik Kelisa dihimpit, ‘dicucuk’ dua lori

RAKAMAN menerusi dashcam sebuah lori menunjukkan kereta Kelisa dihimpit sehingga hampir menyebabkan kemalangan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemandu Kelisa berdepan situasi cemas dan panik apabila dihimpit dua buah lori yang berada di belakang kenderaan yang dipandunya serta hampir menyebabkan kemalangan.

Insiden itu dipercayai dirakam menerusi perakam dashcam milik sebuah lori yang memandu amat berhampiran kereta Kelisa tersebut.

Menurut pengguna aplikasi Facebook, Nick Qareem berkata, terdapat pemandu atau pengguna jalan raya yang mempunyai perasaan panik teramat sangat apabila kenderaan besar berada di belakang mereka lalu menyebabkan kemalangan.

“Boleh Nampak pemandu Kelisa memang niat nak memotong, tapi, terus panik bila nampak ada lori datang dari belakang dengan laju.

“Nasihat aku, jangan panik. Dalam masa yang sama, kawal kelajuan teruskan memotong,” tulisnya di laman Facebook.

 RAKAMAN video sebuah kereta Kelisa dihimpit dua buah lori. -video dari Facebook

Video yang tular di laman media sosial itu mendapat pelbagai komen daripada pengguna aplikasi tersebut dan berlaku perdebatan di antara mereka, ada yang menyalahkan pemandu lori tersebut dan terdapat individu menuding jari ke arah pemandu Kelisa.

“Ni drive tak pandai bajet kelajuanlah ni..Bukan panik tapi tak pandai plan time nak laju.. Nak jugak berebut dengan lori.. Nak selamat kena mengalahlah.. Jangan nak berlumba siapa paling laju,” komen Alvin Ferdinance.

“Dah kenapa lori tu cucuk kereta tu.. dah lebih kelajuan kot.. terang-terang road bully tu.. video pun dah jadi bukti ni.. sesuai la kalau owner Kelisa tu nak buat report,” komen Kamarul Ariffin. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya