Mayat lelaki ditemukan di ladang kelapa sawit - Utusan Malaysia

Mayat lelaki ditemukan di ladang kelapa sawit

MAYAT Rodzi Md. Rejab yang ditemukan di tepi jalan sebuah ladang sawit di Kuala Kuang, Kupang, Baling hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Seorang lelaki ditemukan mati di tepi jalan di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Kuang, Kupang di sini hari ini.

Mayat mangsa, Rodzi Md. Rejab, 45, yang berasal dari Kampung Masjid Kuala Kuang, Kupang di sini ditemukan dalam keadaan terlentang di lokasi tersebut pada pukul 12 tengah hari.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, mayat mangsa itu ditemukan penduduk kampung yang kemudiannya membuat laporan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di tepi jalan ladang sawit tersebut di Kuala Kuang, Kupang.

“Hasil temu bual dengan warisnya, mangsa dikatakan keluar dari rumah pada pukul 3 petang semalam untuk memasang bubu ikan dan tidak pulang sehinggalah mayatnya ditemukan hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa juga tiada sejarah perubatan dan siasatan di tempat kejadian tidak mempunyai unsur-unsur jenayah serta tiada apa-apa kesan kecederaan pada tubuh badannya.

Tambahnya, hasil pemeriksaan daripada pihak Pusat Kesihatan Daerah (PKD) didapati mangsa juga telah lengkap vaksinasi.

“Jenazah dibawa ke Hospital Kulim untuk menjalani ujian PCR (Polymerase Chain Reaction) dan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematiannya,” katanya.

Jelasnya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut sehingga dapat mengetahui puncanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya