Mangsa banjir terus berkurangan  - Utusan Malaysia

Mangsa banjir terus berkurangan 

SEORANG penduduk mengharungi banjir di kampung hutam gelam, tualang, Pokok Sena, Alor Setar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di negeri ini berkurangan apabila seramai 679 mangsa daripada 176 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 12 tengah hari.

Pengurangan berlaku apabila seramai 797 mangsa daripada 212 keluarga direkodkan pada semalam.

Ketua Bahagian Sekretariat Bahagian Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd. Muaz Mohd. Yusof berkata, jumlah daerah terjejas juga hanya di Pendang dan Kota Setar.

“Di daerah Pendang, jumlah mangsa masih sama iaitu 200 mangsa daripada 49 keluarga di PPS Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah dan 81 mangsa daripada 25 keluarga di PPS Dewan Cenderawasih,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Muaz berkata, di daerah Kota Setar iaitu di Pokok Sena, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tualang telah ditutup semalam.

“Empat lagi PPS di daerah ini masih aktif iaitu PPS SK Darul Hikmah dengan 87 mangsa daripada 21 keluarga dan 78 mangsa daripada 20 keluarga di PPS SK Convent.

“Di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent masih menempatkan 162 mangsa daripada 44 keluarga dan peningkatan jumlah mangsa di PPS SMK Simpang Kuala iaitu 71 mangsa daripada 17 keluarga,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya