Mangsa banjir dipindahkan berkurangan - Utusan Malaysia

Mangsa banjir dipindahkan berkurangan

ANGGOTA APM melakukan pemantauan dengan menaiki sebuah bot di kawasan yang terlibat banjir di Alor Setar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di negeri ini berkurangan apabila seramai 840 mangsa daripada 227 keluarga di tempatkan di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah setakat pukul 8 pagi ini.

Ketua Bahagian Sekretariat Bahagian Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd. Muaz Mohd. Yusof berkata, penurunan itu berlaku berbanding seramai 885 mangsa daripada 240 keluarga, semalam.

Menurutnya, di daerah Pendang, jumlah mangsa masih kekal iaitu 200 mangsa daripada 49 keluarga di PPS Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah dan 81 mangsa daripada 25 keluarga di PPS Dewan Cenderawasih.

“Di daerah Kota Setar iaitu di Pokok Sena masih menempatkan empat mangsa daripada satu keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tualang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Muaz berkata, satu PPS di daerah ini iaitu PPS SK Titi Gajah telah ditutup semalam dan satu PPS juga catat penurunan iaitu PPS SK Suka Menanti dengan 33 mangsa daripada 12 keluarga.

“Lima lagi PPS masih sama iaitu PPS SK Langgar seramai 80 mangsa daripada 23 keluarga, 114 mangsa daripada 31 keluarga di PPS SK Darul Hikmah dan 163 mangsa daripada 44 keluarga di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent.

“PPS SMK Simpang Kuala dengan 62 mangsa daripada 15 keluarga manakala pertambahan sedikit di PPS SK Convent iaitu 91 mangsa daripada 24 keluarga,” ujarnya.

Menurutnya, satu PPS baru dibuka di daerah Kubang Pasu iaitu PPS SMK Air Hitam yang menempatkan lima mangsa daripada satu keluarga yang dibuka pada pukul 11 pagi semalam.

“Dua PPS baru juga dibuka di daerah Sik pada pukul 10 malam semalam iaitu PPS SK Sik dengan dua mangsa daripada satu keluarga dan lima mangsa daripada satu keluarga di PPS SK Chepir,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya